WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

7 Makanan Sunnah Terbaik Untuk Kanak-Kanak

7 Makanan Sunnah Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Saya pasti semua ibu inginkan anak yang bijak dan aktif. Selain memberikan anak-anak Set Anak Pintar Shaklee, ibu-ibu juga boleh amalkan pemakanan sunnah untuk anak - anak. Ibu hamil juga boleh amalkan pemakanan sunnah untuk ini kerana ia baik untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Ia sebenarnya khusus untuk ibubapa yang percaya akan makanan yang baik boleh membentuk minda anak kita yang baik. Setiap satu dari makanan ini mempunyai khasiat tersendiri dan ianya disokong dalam pelbagai hadis dan riwayat dari al-Quran.

1) Kurma



Kisah buah kurma tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam yang dirakam di dalam Al Quran;

"Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan". - Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26) 

Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Saidina Ali a.s. meriwayatkan:

“Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Menurut kajian Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Aslah Zain,  menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).

Beliau juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat. Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya.

Jom baca entri berkaitan di link-link di bawah;
7 Makanan Sunnah Terbaik Untuk Kanak-Kanak - Part 2

Lots of ♥,
Mommy Rafa

Reen | 0197631333
www.mommyrafa.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More