WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

7 Makanan Sunnah Terbaik Untuk Kanak - Kanak ( Part 2)

Sambungan - 7 Makanan Sunnah Terbaik Untuk Kanak - Kanak (Part 2)

Okay.. Hari ini saya kongsikan 2 lagi makanan sunnah yang baik untuk anda dan bayi anda.  

2. Air Zam Zam

Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zam-zam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.

Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud:

“Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Air zam-zam boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh mengubati penyakit. Air tersebut juga adalah air yang penuh keberkatan.
Air zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat. 

Rahsia kelebihan air zamzam

• Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah
• Diberkati dan mengeyangkan peminumnya
• Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah
• Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah.

3) Habbatus Sauda



Habbatus Sauda juga dikenali sebagai bunga Nagella Sativa. Habbatus Sauda telah terbukti menpunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan pengamalnya.

Buah bunga nagella sativa (habbatussauda) ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir semenjak 5000 tahun yang lalu.

Sabda Rasulullah s.a.w.;

"Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah S.A.W. "As Sam itu adalah mati.


Jom baca entry yang berkaitan di link-link dibawah;
7 Makanan Sunnah Terbaik Untuk Kanak-Kanak  - Part 1

Lots of ♥,
Mommy Rafa

Reen | 0197631333
www.mommyrafa.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More