Nyahkan Semut Secara Alami



Lately banyak pulak semut atas meja & kabinet. Pantang letak makanan or air kejap je dah dihurung semut. Mungkin ubat semut yg selalu beli kat Giant tu dah habis.

Racun semut tu kena replace every 3 months. Tapi sy selalu risau sebab ada baby. So saya cari alternatif lain yang lebih semulajadi. Sejak kenal shaklee, kalau boleh semua bende nak yg alami. ;)

#sentiasaselamat #sentiasaberkesan #sentiasasemulajadi

Gitewwwww kan..hehehe..so saya kongsikan cara halau semut secara semulajadi..selamat mencuba..



# 1
Semburkan air limau nipis di kawasan yang dikenal pasti kubu semut. Limau nipis mengandungi asam yang mampu menghalang pergerakan semut.


# 2
Tanam beberapa jenis pohon seperti Lavender atau tumbuhan Mint. Tumbuhan ini memiliki aroma yang tidak digemari serangga seperti semut.  Sebaiknya tanamlah di halaman yang sering menjadi tempat berkumpulnya semut.



# 3
Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan seperti kayu manis, bunga cengkeh, serbuk penaik, kulit limau dan kapur dengan ditaburkan di kubu semut.

Sumber : Majalah Impiana

No comments