WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Resipi Nasi Goreng Lada Hidup

5 pot Nasi Goreng Lada Hidup sehari

Hari ini dalam sejarah saya masak 5 pot nasi goreng. Anak-anak buah, Naza Naufal Adam & Naza Naqib Imran tak sekolah. Diorang datang rumah awal. Lepas Maghrib nanti ada kelas mengaji dekat rumah ustazah sebelah.

Dalam pukul 3 lebih, anak buah pertama Adam request buat nasi goreng. Lapar katanya. Kebetulan ada nasi yang dah masak 2 pot, lauk aja belum masak. Jadi saya decide untuk masak Nasi Goreng Lada Hidup.

Nasi goreng ni memang favourite saya. Adam dan En. Suami pon suka. Bagi saya sedap lah. Kalau untuk orang lain saya tak tahu. Actually, resipi ni resipi arwah aunty Zahrah best friend ibu.. (Al-Fatihah buat allahyarhamah)

2 pot nasi goreng tu habis semuanya di makan oleh Adam dan Imran. Adam lah yang makan banyak sampai 3 pinggan. En Suami pula request nak makan nasi goreng untuk dinner. So saya masak lagi 3 pot. 3 pot tu pon licin juga..

So kat sini saya kongsikan resipi Nasi Goreng Lada Hidup tu ok!!??

Resipi Nasi Goreng Lada Hidup


Bahan-bahan

Nasi putih - 2 pot
Bawang besar - 2 biji
Lada Hidup Hijau - 3-5 biji (ikut nak pedas mana. Tadi saya campur lada merah sebab lada hijau habis)
Ikan bilis - agak sesedap rasa
Telur - 2 biji

Cara-cara

1. Semua bahan diatas di tumbuk kasar. Di TUMBUK ye. Kalau blend tak kick.
2. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga garing dan naik bau.
3. Setelah garing, pecahkan telur dan kacau hingga rata.
4. Masukkan nasi putih. Kacau hingga sebati dan nasi menjadi kering.
5. Tada!!!! Siap untuk di hidangkan

Selamat mencuba!!! ;)

Lots of ♥,
Mommy Rafa

Reen | 0197631333
FB : www.facebook.com/anaqissshoppe
www.mommyrafa.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More