Faktor-faktor Susu Merundum

Assalamualaikum mommies semua.. ;)

Dalam minggu ni je dah beberapa orang mommies yang PM saya menceritakan  masalah susu merundum yang mereka hadapi.

Sebenarnya terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan susu ibu merundum. Jadi mommies perlu kenal pasti faktor yang mengakibatkan mommies kekurangan susu.



Faktor-faktor susu merundum

• Terlalu Penat 

Tidak dinafikan menjadi seorang mommy dan isteri ada kalanya sangat memenatkan. Tanda disedari akibat terlalu penat boleh mengakibatkan pengeluaran susu ibu menurun. Oleh itu rehat yang secukupnya amat perlu.

• Tahap Kesihatan

Tahap kesihatan juga memainkan peranan yang penting. Jika mommy tidak sihat ia akan mempengaruhi jumlah pengeluaran susu. Sebaiknya mommy berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat yang sesuai untuk ibu menyusu. Jika ditanya saya, saya lebih suka yang semulajadi.

• Kaffein

Pengambilan soda, kopi, teh dan coklat secara berlebihan boleh menyebabkan tubuh dehidrasi. Ini boleh menggangu penghasilan susu. Kaffein yang berlebihan juga memberi kesan yang tidak baik kepada bayi, antaranya gangguan tidur.

•Merokok

Merokok boleh mengganggu pengeluaran hormon oksitosin. Oksitosin adalah hormon yang merangsangkan "let-down reflect" yang merangsang penghasilan susu. * Saya pasti semua mommies di sini tidak merokok ;)

• Pemakanan Ibu

Pemakanan ibu amat mempengaruhi penghasilan susu ibu. Komposisi susu adalah protein, kalsium dan vitamin-vitamin lain. Kekurangan zat nutrisi yang diperlukan menyebabkan badan tidak dapat dihasilkan susu dengan baik.

• Kurang pengambilan air

Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi dan mengakibatkan penurunan pengeluaran susu ibu. Oleh itu, minum air secukupnya iaitu 3-4 liter sehari.

• Stress

Stress kerap berlaku kepada mommies yang bekerjaya akibat tekanan di tempat kerja. Stress boleh menganggu penghasilan hormon oksitosin. Sekaligus mengganggu penghasilan susu.

• Tidak pam atau menyusu secara konsisten

Ibu gagal untuk mengepam atau meyusukan bayi secara konsisten 2 atau 3 jam sekali. Sering berlaku kepada mommies yg bekerja. Di sini konsep 'demand & supply' dan Power punping' memainkan peranan yang penting. Apabila tiada permintaan, maka dia Penghasilan.

Saya harap perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada mommies diluar sana.


Lots of ♡,
Mommy Rafa


No comments