WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Mitos Vs Fakta Penyusuan Ibu

Mitos Vs. Fakta Penyusuan Ibu

Kini penyusuan susu ibu menjadi topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan supaya ibu-ibu tidak keliru.




Mitos #1
Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.

Menyusukan bayi tidak sama sekali seperti memberi bayi botol susu. Mitos ini berpunca dari fakta yang mengatakan puting susu terdedah kepada bakteria dan mengakibatkan susu tercemah.

Fakta #1 
Susu ibu adalah bersifat anti bakteria dan dengan meletakkan bayi ke payudara sebenarnya melindungi bayi daripada terkena jangkitan.

Kerap mencuci payudara akan mengakibatkan kehilangan minyak yang berfungsi sebagai pelincir dan melindunyi kawasan payudara. Kajian menunjukkan bayi lebih cenderung memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi.


Mitos #2
Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Penyusuan susu ibu tidak akan memyebabkan payudara menjadi kendur. Payudara kendur disebabkan oleh faktor usia dan graviti.

Fakta #2
Payudara ibu akan bertambah saiz sepanjang 9 bulan kehamilan, kerana proses mamogenesis.

Proses mamogenesis adalah pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir. Saiz payudara ibu yang tidak menyusukan bayinya akan turun dengan cepat dan drastik. Manakala, saiz payudara ibu yang menyusukan akan menurun secara perlahan-lahan.


Mitos #3
Ibu yang menyusukan perlu makan banyak untuk menghasilkan susu yang banyak.

Fakta #3
Penyusuan ibu membantu ibu mengembalikan bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Menyusukan bayi membakar 200-500 kalori sehari = berjalan selama 1 jam di atas threadmill.

Menyusukan bayi juga merangsang hormon oksitosin yang mengecutkan rahim kepada saiz yang asal dan mengurangkan risiko kanser serviks dan kanser payudara.


Mitos #4
Bayi akan 'clingy' dengan ibu.

Fakta #4
Ibu merupakan orang yang pertama bayi kenal sejak dari dalam kandungan, jadi wajarlah bayi lebih rapat dengan ibu.

Bayi akan attached dengan ibu mungkin diantara 0-6 bulan, 2 tahun, atau mungkin lebih. 5 tahun mungkin. Apalah sangat 5 tahun jika dibandingkan dengan usia hajat nya.

Malah bayi yang menyusu lebih berdikari, lebih rasa selamat, lebih berkeyakinan dan kurang menangis kerana dia sudah puas didakap, dibelai dan dimanja sepanjang dia menyusu dengan ibunya.


Mitos #5
Payudara kecil, susu kurang.

Fakta #5
Sangat jarang seorang ibu tidak dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi. Terdapat ibu yang tidak mengalami perubahan saiz payudara semasa hamil mempunyai masalah kekurangan susu. Dalam masa yang sama, terdapat juga ibu yang tidak mengalami payudara membesar semasa hamil menghasilkan susu yang banyak.

Semua ibu secara semulajadi boleh menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari. Boleh jadi payudara yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.


Mitos #6
Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

Terpengaruh dengan iklan susu formula di tv yang menggahkan khasiat dan nutrien susu formula.

Fakta #6
Susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan setengah daripadanya masih belum dikenal pasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi enzim, antibodi dan protein yang tidak dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.


Mitos #7
Susu formula lebih sedap dari susu ibu

Fakta #7
Makanan yang sedap selalu saja mengundang pelbagai penyakit. Kandungan gula didalam susu ibu adalah 6.8 gram berbanding 4.8 gram gula di dalam susu formula.

Walau bagaimana pon, gula yang terkandung di dalam susu ibu merupakan gula ringkas yang mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula.


Mitos #8
Kolostrum adalah susu kotor.

Fakta #8
Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun dalam tempoh penyusuannya.

Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum merupakan makanan pertama yang paling baik untuk bayi. 

Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.


Mitos #9
Susu ibu terlalu cair

Fakta #9
Jika susu ibu yang telah dipam ditinggalkan seketika di atas meja. Boleh diperhatikan susu tersebut akan membentuk 3 lapisan.
Lapisan bawah sekali berwarna keruh cair, lapisan tengah berwarna kuning cair dan lapisan atas sekali berwarna putih pekat seakan2 lapisan lemak.

Akan tetapi susu formula berlaku sebaliknya. Jika dibiarkan susu formula, lapisan atas sekali berwarna cair. Manakala lapisan bawah sekali berwarna putih pekat (lemak ketumpatan tinggi).

80% kandungan susu ibu adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi.

Naluri semulajadi manusia minum apabila dahaga, maka kerana itu lah ibu memberi kan susu awal (foremilk) dahulu yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian baru lah ibu memberikan susu akhir (hindmilk) yang pekat dan berlemak tinggi untuk mengenyangkan bayi.


Mitos #10
Susu formula lebih mudah disediakan

Fakta #10
Penyusuan susu ibu adalah lebih mudah kerana ibu tidak perlu membawa sebarang peralatan. Ibu tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu.

Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, dimana-mana saja tanpa sebarang kos.

Penyediaan susu formula lebih rumit dan perlu mengikut arahan di bahagian label. Semua peralatan seperti botol, puting, sudu perlu dicuci dan disteril dengan baik bagi menggelakkan berlakunya keracunan terhadap bayi.


Mitos #11
Menyusukan bayi dengan mwnggunakan botol adalah lebih 'trendy'

Fakta #11
Menyusukan bayi di tempat awam adalah lebih trendy dan merupakan salah one of the beautiful scene of the nature. Asalkan ibu memakai pakaian yang sesuai dan menutupi aurat dari pandangan awam.


Mitos #12
Breast are SEX symbol

Fakta #12
Breast are made to breastfeed your baby. Ia merupakan lambang ikatan kasih sayang diantara ibu dan anak. Bayi yang menyusu susu ibu akan lebih rapat dengan ibunya. 

ATTENTION : wahai kaum lelaki, tolong lah jangan lah suka berimaginasi. Anda patut support dan berterima kasih kepada isteri anda kerana berkorban dengan menyusukan anak-anak anda supaya menjadi anak-anak hebat.

_______________

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Sila share sekiranya ibu-ibu rasa ia berguna kepada ibu-ibu lain diluar sana.

Mommy Rafa
0197631333




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More