WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Set Hamil Shaklee - Jatuh cinta pandang pertama

Assalamualaikum semua.. ;)

Hari ini saya nak kongsikan kisah hidup saya bersama Energizing Soy Protein Shaklee atau glamour di panggil ESP.

Setelah 2 tahun mengamalkan produk Shaklee saya belum pernah ceritakan tentang ESP dengan hidup saya. Untuk pengetahuan semua antara produk pertama yang saya amalkan ialah ESP atau Energizing Soy Protein.

Mungkin di antara kalian sudah pon tahu saya bermula dengan Set Hamil Shaklee. Set hamil shaklee (set optimum) terdiri daripada ;

ESP - Energizing Soy Protein
Vitalea
• Sustained Release Vitamin C
B Complex
• OsteMatrix
• Omega Guard




Dari Set Hamil Shaklee ini lah yang membuat saya jatuh cinta dengan produk Shaklee. Pada awalnya saya hanya ingin memberi makanan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan saya. Kini bayi itu sudah berusia 15 bulan, Alhamdulillah.

Selain itu saya juga ingin memastikan saya mendapat bekalan nutrisi dan tenaga yang secukupnya. Ketika itu saya bekerja di Universiti Antarabangsa Al-Madinah di Shah Alam dalam Bahagian Kewangan. Kerjaya saya ketika itu memerlukan saya bekerja hingga malam dan kadang kala saya terpaksa bekerja pada hari Sabtu dan Ahad. Saya perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Shah Alam setiap hari kerana saya tinggal bersama mertua di KL.

Jarak perjalanan saya dalam lingkungan 40km x 2 setiap hari. Bagi yang biasa tinggal di KL mereka tahu bagaimana keadaan setiap pagi dan petang waktu peak hour. Ye, memang letih!! Tapi demi tanggungjawab saya tempuhi juga. Saya selalu kena marah dengan suami sebab lebih utamakan kerja berbanding kesihatan saya. Nak buat macam mana, dah sikap saya begitu. :)

Waktu awal pregnancy kaki saya selalu bengkak. Ketika tidur pula kaki saya selalu cramp atau orang selalu cakap simpul biawak. Sangat sakit kan kalau kena simpul biawak. Cuba bayangkan saya kena kedua-dua belah kaki. Ada ketika sampai menangis menahan sakit.
Hubby saya selalu jadi mangsa kena kejut minta picit kan kaki.

Pergi office selalu cerita dengan my best sister, Kak K***a. Nak mention nama dia tak mintak izin lagi ni so kena lah lerak **** itu. Hehehe.. Dia yang perkenalkan saya dengan Shaklee. Dan dia juga lah yang bertanggungjawab sebagai mak Shaklee saya sekarang. Waktu preggy tu belum SID lagi.

After few months memang ketara perubahan pada diri saya. Setelah amalkan Set Hamil Shaklee, kesihatan saya bertambah baik dan sentiasa bertenaga untuk melakukan tugas. Tak ada lagi cramp semasa tidur. Alhamdulillah suami juga dah tak jadi mangsa kena baling bantal sebab panggil-panggil tak bangun. Hahaha. Kaki pon dah jarang bengkak unless saya duduk terlalu lama.

Saya juga tak ada morning sickness. Nafsu makan saya baik je. Boleh makan apa saja. Kecuali sup daging sebab saya rasa sup tu macam hanyir. Walhal sup daging adalah favourite waktu tak preggy. Pembawakan orang kata. Lain-lain makanan saya ngap aje tak kira waktu.

Awal-awal pregnant saya kena high blood pressure. Entah kenapa saya pon tak tau. Nak kata stress dengan kerja tak juga. Setiap 2 hari sekali kena gi klinik untuk check blood pressure. After makan Shaklee, high blood pressure tiada lagi..hehehe..Alhamdulillah..

Saya boleh drive sendiri dari KL ke Shah Alam dan Shah Alam ke KL. Hingga dah sarat pon boleh drive. Boleh kerja. Hingga kan kawan-kawan di office suruh cuti je. Perut dah turun, jalan dah cam penguin tapi sibuk lagi kerja. Nak cuti pon boss tak kasi sebab nak dekat audit. Kerja je lah kan.

Tetapi yang paling best bila makan Set Hamil Shaklee ni, saya dapat bonus. Bonus cantik!!! Texture kulit saya semakin cantik. Kulit saya semakin halus. Biji-biji ruam dah kurang. Pori-pori pon semakin mengecil. Kulit saya sangat sensitive ye. Tak leh kena panas. Kulit semakin cerah dan sekata. Memula saya cakap dalam hati je. Takut saya je yang perasan tapi bila ramai yang tegur dan bertanya maka confirm lah saya semakin cantik..hehehe..

Ok dah panjang lebar saya bercerita. Nanti saya sambung lagi ye. Saya kupaskan satu per satu supplement yang buat saya jatuh cinta pada Shaklee ni..Apa pon semuanya dengan izin Allah swt.

Lots of ♥,
Mommy Rafa

Anda juga mungkin suka link-link berkaitan seperti dibawah;
ESP - Mommy kekal cantik & sihat | Baby kenyang & gebu | Mommy & baby gembira

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More