WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Kepentingan Omega-3 Kepada Ibu Hamil & Ibu Menyusu



Apakah yang dimaksudkan Omega-3?

Omega-3 adalah satu rantaian asid lemak politaktepu yang merupakan antara nutrien terpenting untuk kesihatan dan tumbesaran. Omega-3 adalah asid lemak yang perlu diambil dari sumber luar kerana badan kita tidak dapat menghasilkan Omega-3. 
Omega-3 boleh didapati dari sumber kekacang, legum dan minyak sayuran. Namun begitu, Omega-3 daripada sumber ikan adalah yang terbaik kerana kaya dengan DHA dan EPA.
Kebaikan EPA dan DHA

EPA dan DHA saling bekerjasama di dalam badan namun, setiap satunya mempunyai fungsi masing-masing. EPA menyokong kesihatan jantung, sistem pertahanan badan dan sistem tindak balas keradangan. Manakala DHA penting untuk menyokong kesihatan dan perkembangan otak, mata sistem saraf utama dalam badan. Keadaan ini menyebabkan Omega-3 sangat bagus diamalkan oleh ibu yang mengandung dan menyusukan anak.
Kepentingan Omega-3 kepada ibu hamil & ibu menyusu

Perkembangan otak bayi bermula pada minggu awal kehamilan lagi. Untuk memastikan perkembangan otak bayi berada di tahap optimum, antara supplement yang baik untuk diambil ialah minyak ikan keranan ia sangat kaya dengan Asid Lemak Omega-3.

Kepentingan Omega-3 kepada ibu hamil

Omega-3 penting untuk perkembangan penglihatan dan saraf bayi di dalam kandungan. Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengamalkan Omega-3 didapati perkembangan visual dan kognitif bayi adalah sangat baik. Kajian juga menunjukkan pengambilan Omega-3 oleh ibu mengandung dapat mengurangkan risiko alergi pada bayi.
Selain itu, Omega-3 dapat mengelakkan masalah kelahiran bayi pramatang dan mengurangkan risiko berlakunya pre-eclampsia (tekanan darah tinggi semasa mengandung). Omega-3 juga dapat mengelakkan kelahiran bayi tak cukup berat. Kajian juga menunjukkan kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko tekanan atau stress bagi ibu yang baru lepas bersalin.

Kajian juga menunjukkan pengambilan Omega-3 oleh ibu mengandung dapat mengurangkan bayi yang dilahirkan mendapat ekzema. Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 700 wanita mengandung yang mengamalkan supplement Omega-3 menunjukkan kejadian ekzema bagi bayi berkurangan sebanyak 3 kali ganda. Kajian ini diteruskan sehingga bayi tersebut berumur 6 tahun bagi melihat kebaikan supplement Omega-3.

Kepentingan Omega-3 Untuk Ibu Menyusu

Susu ibu adalah sumber utama DHA bagi bayi yang sedang menyusu. Jumlah DHA di dalam susu ibu bergantung kepada sumber diet ibu tersebut. Kebiasaannya ikan adalah sumber utama DHA dalam diet seseorang. Sekiranya seseorang ibu menyusu kurang mengambil ikan di dalam diet sehariannya, adalah sangat disarankan ibu tersebut untuk mengambil supplement Omega-3.

Ibu menyusu yang mengamalkan supplement Omega-3 membolehkan bayi yang disusukan mendapat kebaikan Omega-3 juga. American Pregnancy Association menyarankan ibu menyusu mengambil sekurang-kurangnya 300mg DHA setiap hari. Omega-3 membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang disusukan.
Ternyata Omega-3 memainkan peranan yang sangat penting bagi ibu hamil dan menyusukan anak.

[Omega Guard Shaklee] mengandungi Omega-3 yang sangat bermanfaat untuk ibu mengandung dan ibu menyusukan anak. 
Selain Omega Guard, terdapat supplement lain yang penting untuk ibu mengandung. Saya pernah kongsikannya [DI SINI].


Lots of ♡,

Reen | 0197631333
FB | Anaqiss Shoppe
www.mommyrafa.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More