Teknik Marmet - Apa yang dimaksudkan dengan Teknik Marmet

Apa yang dimaksudkan dengan Teknik Marmet


Apa yang dimaksudkan dengan Teknik Marmet


#1 Teknik Marmet merupakan satu cara mengeluarkan susu ibu dengan hanya menggunakan tangan semata-mata tanpa bantuan alatan lain terutamanya pam.

#2 Sekiranya teknik ini dilakukan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada penggunaan pam.

#3 Dalam erti kata yang lain, susu lebih banyak dapat dikeluarkan berbanding dengan menggunakan pam. Ini kerana kita lebih kenal tubuh badan kita dan tahu di mana kunci ataupun aliran khusus yang perlu diperah.

#4 Mengapa teknik ini mampu menghasilkan pengeluaran susu dengan lebih banyak?? Ini kerana teknik ini dilakukan menggunakan tangan dan akan berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana akan merangsang penghasilan susu dan seterusnya berlakulah 'let down reflex' iaitu situasi dimana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa usaha yang banyak. Pada waktu ini payudara akan terasa sedikit membengkak dan berdenyut.

#5 Bahayanya Teknik Marmet ini jika tidak dipraktikkan dengan baik kerana ia bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.


Love,
Reen 0197631333

No comments