WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Petua Cerai Susu Badan

Petua Cerai Susu Badan

Assalamualaikum supermommies semua :) 

Alhamdulillah Rafa Anaqi dah 2 tahun 2 bulan dan masih lagi breastfeeding. Berkat usaha, doa dan izin Allah saya berjaya menyusukan Anaqi selama 2 tahun seperti yang disyariatkan Allah. 

Berat rasa hati nak wean off kan Anaqi tapi bila fikirkan mesti ada sebab kenapa disebutkan di dalam Al-Quran sehingga 2 tahun penyusuan, saya cekalkan hati untuk wean off. Sudah beberapa hari cuba untuk wean off, paling tidak wean off waktu siang dahulu namun tidak berjaya. 

Hati mommy cair bila Anaqi merengek-rengek nak nenen. Mungkin juga sukar menjayakan wean off ni sebab mommy WAHM, sentiasa ada bersama dengan Anaqi. Mommy dah cuba juga slow talk atau wean off secara psikologi namun masih tidak berhasil. Mungkinkah kerana dari preggy lagi mommy dah berniat nak nenen kan Anaqi selama mana dia mahu? Kena usaha lagi ni.

Walau bagaimanapon, saya kongsikan petua cerai susu badan buat supermommies diluar sana. Semoga berjaya bermanfaat dan dipermudahkan urusan wean off mommies semua. Inshaallah.


Petua cerai susu badan

1. Kurangkan Dahulu Sebelum Bercerai Sepenuhnya

Elakkan dari berhenti secara tiba-tiba kerana takut emosi anak terganggu. Kurangkan satu sesi penyusuan pada setiap minggu, contohnya biasanya di belah siang jumlah sesinya adalah 7 sesi, minggu depannya sebanyak 6 sesi, 
dan untuk minggu depan pula 4 sesi sahaja.

Mommies boleh gantikan dengan minuman ataupun makanan yang 
berkalsium seperti air yogurt, susu segar ataupun susu soya. Kenyangkan anak dengan makanan lain dahulu sebelum mereka meminta susu ibu dan jangan menyusukan dalam tempoh terlalu lama pada setiap sesi penyusuan.

Gunakan kaedah tolak ansur, mommies boleh alihkan perhatian anak pada aktivti atau perkara lain dan proses ini mungkin mengambil masa sehingga beberapa bulan. Elak daripada menawarkan susu badan jika tidak diminta, dan jangan menolak jika diminta.

Jangan terburu-buru untuk memberhentikan susu pada waktu malam & jangan salin baju di depan anak bagi mengelakkan dia ternampak lalu teringat.

2. Beritahu dan Terangkan Mengapa Perlu Berhenti

Terangkan kepada anak kenapa mahu memberhentikan penyusuan. Mommies boleh beritahu dia hanya boleh menyusu jika dia mahu tidur ataupun pada waktu malam sahaja. Jika mommies preggy ataupun mengalami kesakitan pada puting, beritahu kepada anak dan ang penting jangan marah anak itu.

3. Memberhentikan Penyusuan Pada Waktu Malam

Sebolehnya elakkan menjadikan penyusuan sebagai cara untuk menidurkannya. Gantikan dengan aktiviti membaca buku, mendodoi, berzikir, menepuk perlahan atau menggosok belakangnya.

Jika anak tetap mahu menyusu, susukan di tempat lain selain dari tempat kebiasaanya menyusu malam sebelum tidur seperti di bilik lain ataupun ruang tamu

Jika anak terjaga pada waktu malam, biar suami anda yang menenangkannya. Sekiranya anak anda mahukan susu, pump dan biar suami anda yang beri.

4. Mengurangkan Bengkak Susu

Jangan makan makanan atau minuman yang memperbanyakkan susu, semasa proses menceraikan susu. Mandi dengan air suam & tumpukan air suam tersebut pada
bahagian yang bengkak. Boleh juga dengan cara menuam breast dengan air panas.

5. Perubahan Tingkah Laku

Tambahkan belaian, pelukan dan ciuman sebagai ganti kepada bonding semasa penyusuan badan.

Anak anda mungkin berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu berhenti susu. Dia mungkin mengekori anda ke mana sahaja & kadang2 lebih nakal.

Anak anda juga perlukan masa untuk menyesuaikan diri, sebagaimana mommies juga perlukan masa dengan perubahan ini. Mommies juga mungkin berasa sedih, sunyi dan tertekan  ketika kali terakhir anak anda menyusu, terutamanya jika anda berhenti secara tiba-tiba.

Diharap perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan proses weaning off mommies semua. Semoga berjaya untuk semua termasuk saya. Inshaallah.

Love,
Azreen
CEO Mak

2 comments:

tips bagus utk para ibu yg nak berentikan menyusu...

tips bagus utk para ibu yg nak berentikan menyusu...

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More