WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Doa dan Zikir Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum mommy-mommy gojes :)


Perjalanan penyusun ibu ini bukan mudah dan banyak cabaran yang harus mommies tempuhi. Mula dengan memasang niat untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun seperti yang disyariatkan sejak bayi didalam kandungan lagi. Dengan memasang niat sahaja mommies dah mendapat pahala, belum lagi mula menjayakan penyusuan ibu. Semoga dengan niat ini Allah permudahkan perjalanan penyusuan mommies. Aamiin..

Jangan lupa memulakan membaca selawat dan Bismillah sebelum mula menyusukan bayi dan sesi mengepam susu.

Credit: imuslimshop.com

Surah Hujarat dan Surah Al-Khausar elok diamalkan sejak preggy lagi. Semoga mommies dan baby dilimpahkan dengan rezeki yang luas, dan dipermudahkan urusan penyusuan ibu. 

Credit : imuslimshop.com

Credit : imuslimshop.com
Perlu diingat dalam setiap perbuatan kita ianya akan berjaya hanya dengan izin-NYA. Begitu juga dalam usaha penyusuan anak. Selain daripada usaha-usaha mommies seperti kerap pumping dan juga ambil milkbooster atau vitamin untuk membanyakkan susu ibu, DOA adalah sangat penting. Apa-apa pon kita balik kepada yang memberi rezeki.


Antara doa yang saya amalkan adalah seperti dibawah yang saya kongsikan ini. Doa saya sedikit berlainan bunyi nya. Apa yang lebih penting isi kandungan doanya. Saya lebih suka doa dari hati kerana bila kita bercakap dari hati seolah-olah kita sedang bercakap dengan NYA. Doa kita jadi lebih ikhas, Inshaallah.


Credit : imuslimshop.com

Selain doa saya banyakkan zikir Ya Matin (Maha Sempurna Kekuatannya) dan Ya Razzak (Maha Pemberi Rezeki) setiap kali menyusu dan pump. Lebih baik kalau kita tau apa maksud Asma'ul Husna itu supaya lebih terasa dihati.


Credit : Google Image


Credit : imuslimshop.com

Boleh juga amalkan Surah Yasin, Ayat 72-73.



Akhir sekali saya nak pesan, sentiasa lah bersyukur dengan rezeki susu yang diperolehi setiap kali pump atau menyusu. Lebih banyak kita bersyukur lebih tenang kita untuk menyusu atau mengepam. Yakinlah rezeki susu anak sentiasa cukup. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki dan Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. 

Credit : imuslimshop.com


Love,
Azreen Ahmed
0197631333

3 comments:

Alhamdulillah... trima kadih ats prrkongsian bermanfaat, smg Allah limpahkn lg rahmat dn kasih syg buat pn Azreen sekeluarga

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More