WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Kolostrum Makanan Pertama Bayi Anda

Kolostrum Makanan Pertama Bayi Anda


Kiri : Kolostrum

Kolostrum atau susu awal ini menyediakan semua nutrien dan cecir yang diperlukan bayi anda pada hari-hari pertama mereka.  Kolostrum juga banyak mengandungi bahan-bahan yang melindungi bayi nda daripada jangkitan.

Warna dan kepekatan kolostrum adalah disebabkan oleh fakta bahawa ia adalah mengandungi faktor-faktor pelindung lebih tinggi. Berbanding dengan susuibu yang lebih matang, kolostrum juga lebih tinggi kandungan protein, lebih sedikit gula, dan lebih rendah lemak.

Walaupon, payudara anda tidak berasa penuh pada anda bersalin, anda sudah mempunyai kolostrum yang cukup untuk menyihatkan bayi anda. Badan anda anda menghasilkan kolostrum selama beberapa hari selepas bersalin sehingga susu anda semakin banyak dan menjadi lebih berkrim atau putih.

Ciri-ciri Kolostrum

"Untuk mudahnya mengenali ciri-ciri kolostrum ialah cairan kolostrum seperti susu, kental dan berwarna lebih kuning. Biasanyakolostrum sudah dihasilkan pada tahap akhir kehamilan sehingga selepas melahirkan dan sampailah hari ke-7 kelahiran" Dr. Johannes Ridwan T. Sugiarto, SpA, DPPS.

Makanan Pertama

Bayi dilahirkan dengan naluri penyusuan, walaupun ia adalah lebih kuat bagi sesetengah bayi. Justeru naluri adalah kuat sejurus selepas kelahiran, adalah sangat terbaik untuk memperkenalkan bayi kepada payudara ibu dalam masa satu jam pertama atau lebih. Penyusuan bayi di payudara bukan sahaja merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu, malah ia akan memberi isyarat kepada rahim supaya mengecut dan mengurangkan risiko pendarahan berlebihan selepas bersalin.

Dengan ini juga bayi mula belajar bagaimana untuk menyusu. Meletakkan kulit bayi yang baru lahir di kulit dada ibu akan membantu dan memperkenalkan bau kolostrum pada bayi dan mula makan makanan pertamanya. Malah, fasa awal susu ibu adalah proses pembelajaran bagi kedua-dua ibu dan bayi.

Sesetengah bayi yang baru lahir menunjukkan kurang keinginan untuk menyusu. Mujurlah, bayi yang baru lahir tidak memerlukan cecair yang banyak, dan  payudara ibu ketika ini hanya mengandungi sejumlah kecil kolostrum. Pada peringkat ini, adalah lebih penting bayi disusukan lebih kerap berbanding menyusu mereka untuk jangka masa yang lama. Oleh kerana payudara masih belum penuh dan masih lembut selepas bersalin, menjadikannya lebih mudah untuk bayi belajar untuk menyusu.

Pada hari-hari awal, kebiasaannya bayi mengalami penurunan berat badan. Penurunan berat badan bayi disebabkan daripada cecair tambahan yang terkumpul semasa didalam kandungan. Pada hari-hari selepas bersalin, selera makan bayi dan keperluan untuk cecair akan meningkat. Kira-kira dua hingga lima hari selepas kelahiran, pengeluaran kolostrum akan memberi laluan kepada jumlah susu peralihan yang lebih tinggi.

#semogabermanfaat

Love,
CEO Mak

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More