WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Persediaan awal penyusuan ibu

Persediaan Awal Penyusuan Ibu

Persediaan awal penyusuan ibu

Persediaan sebelum kelahiran
Ibu mestilah mempersiapkan diri dan keluarga. Ibu mesti banyak membaca tentang penyusuan susu ibu dan menghadiri kelas-kelas antenatal bersama suami.
Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.

Ibu perlu membuat perancangan rapi seperti mendapatkan pembantu untuk melakukan kerja-kerja rumah selama beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membanu ibu mendapat rehat yang secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Persediaan semasa melahirkan

• Sentuhan kulit

Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika ibu melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi di atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Ibu perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.

• Permulaan awal

Ketika ibu berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi adalah paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

Persediaan selepas melahirkan

• Menyusu mengikut kehendak

Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.

• Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)

Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.

• Tiada puting tiruan

Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More