WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Bagaimana memerah susu ibu secara manual - Teknik Marmet

Teknik Marmet - Bagaimana memerah susu ibu secara manual

Penyaliran Takungan Susu

1. Basuh tangan dengan bersih.



2. Kedudukan ibu jari (di atas puting) dan dua jari pertama (di bawah putting) kira-kira 1" atau 1 1/2 " dari puting, walaupun tidak semestinya di tepi luar areola. Gunakan ukuran ini sebagai panduan, kerana dada dan areola berbeza dari segi saiz dari seorang wanita yang lain. Pastikan bentukkan tangan huruf "C" dan tapak jari adalah pada 6 dan 12:00 sejajar dengan puting.

*Pastikan jari berada pada kedudukan supaya takungan susu terletak di bawah mereka .

**Elakkan menekan payudara

3. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.

4. Duduk dengan selesa.

5. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.

6. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan.

7. Ampu payudara.



8. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9). Tolak tangan ke dalam dada secara serentak, tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi.



9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong (ada rasa biji2 di kawasan itu) . Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan.

10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak golek, tolak golek sehingga kilang susu kosong.

11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.

12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.


Perkara-perkara yang harus DIELAKKAN









1. Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan.

2. Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak.

3. Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak.


#semogabermanfaat

Love,
CEO Mak

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More