WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Mengapa Berat Badan Bayi Kurang ?

Mengapa Berat Badan Bayi Kurang?

Credit : Google Image
Assalamualaikum Mommies :)

Setiap kali bawa baby check up bulanan nurse cakap baby tak cukup berat badan. Berat badan baby dekat border jek menghampiri garisan kuning dalam graf pertumbuhan bayi. Kalau tak naik juga nanti underweight kata nurse, iaitu berat badan bayi bibawah garisan kuning. Pernah tak mommies semua alami situasi begini. Mesti ada dikalangan mommies yang pernah alaminya kan? 

Haaaa...nak macam mana ye kalau berat badan bayi kurang? Mesti mommies risau sangat ye tak? Mau tak risau, sebab pertumbuhan bayi yang tidak seimbang dengan umur akan mempengaruhi perkembangan IQ bayi. Penurunan berat badan bayi berkait rapat dengan kualiti susu ibu.

Graf Purata Perkembangan Bayi oleh WHO



Graf perkembangan bayi oleh WHO 

Penambahan berat badan bayi

Kebiasaannya berat badan bayi akan menurun selepas beberapa hari dilahirkan. Dan akan meningkat secara perlahan-lahan.

Pada usia 5-6 bulan berat badan bayi akan meningkat 2 kali ganda daripada berat selepas dilahirkn dan akan meningkat sehingga 3 kali ganda bila usia bayi meningkat kepada 12 bulan.

Cara meningkatkan berat badan bayi

1. Menyusu sekerap mungkin

Bayi perlu disusukan sekerap mungkin mengikut keperluan bayi. Kebanyakkan bayi menyusu 3-4     jam sehari, iaitu antara 8-15 kali dalam masa 24 jam pada 3-4 hari selepas dilahirkan. Ramai juga yang menyusu antara 10-12 kali sehari selepas seminggu kelahiran. Bayi akan terus menyusu begini sehingga seminggu lagi sehingga mengurangkan penyusuan sehingga 10 kali sehari.

Susu ibu sangat berkhasiat dan yang terbaik bagi bayi berusia 6 bulan ke bawah. Selepas 6 bulan bayi boleh diberi makanan yang lembut atau semi solid food.

Jangan menghadkan keperluan bayi untuk menyusu. Ketika ini mommies memang sukar untuk membuat kerja harian dalam beberapa minngu pertama untuk menyempurnakan rutin menyusukan bayi. 

2. Pastikan ibu mengamalkan pemakanan yang seimbang

Pada peringkat ini, kebanyakkan mommies mula sibuk dan agak kelam-kabut untuk menyesuaikan tambahan tanggungjawab. Maka kita sebagai ibu menyusu mulai cenderung mengabaikan kepentingan pengambilan kalori makanan yang mencukupi dan juga kurang menitik beratkan kualiti khasiat makanan yang diambil seharian.

Kita terlalu mengikut formula hanya makan banyak maka susu badan akan bertambah. Tapi mommies lupa kepentingan foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ketika menyusukan bayi. Ini yang menyebabkan masalah kurang berat badan bayi kebiasaannya. Foremilk penting untuk menghilangkan haus bayi, manakala hindmilk pula penting untuk tumbesaran dan memberi rasa kenyang bayi. 

Ramai mommies yang cakap "saya makan banyak dah". Tetapi ibu-ibu yang makan banyak sahaja tidak mencukupi kerana makanan hari ini kebanyakkan nya telah hilang dari mula proses memetik, penyimpanan, memasak dan penyediaan. Tambahan pula menu makanan harian kita hari ini kurang seimbang. Kekurangan nutrisi menyebabkan susu badan cair dan menyebabkan anak tidak mendapat cukup susu. 

Banyak makanan yang siap diproses juga seperti minuman segera mengatakan miuman itu berkhasiat dengan segala jenis vitamin dan mineral yang manusia perlukan. Tetapi kebanyakkannya adalah sintetik dan kurang diserap oleh sel-sel. Begitu juga dengan makanan tambahan yang kita ambil hari ini. Sebaiknya pilih yang 100% semulajadi. Fahami konsep semulajadi dan organik vs. sintetik. 

Fahami nilai harga sesuatu jenis supplement. Antara vitamin dan galian yang membantu memperbanyakkan susu badan dan menjadikan susu ibu lebih berkualiti serta pekat, kaya dengan lemak yang sangat penting untuk tambah berat badan bayi adalah Kalsium, Zat Besi, Iodin, Zink, folat, Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 dan Vitamin E. Namun begitu kita harus berapa banyak dos harian yang diperlukan oleh seorang ibu menyusu. Jangan hanya makan banyak atau telan sahaja supplement tanpa aturan makan yang betul.  

Jadi cara tambah berat bayi adalah dengan menjaga nutrisi makanan harian, menjaga pengambilan kalori (setiap kali menyusu 500 kalori digunakan) dan juga cara menyusukan bayi dengan betul. Pastikan bayi anda telah mendapat hindmilk sebelum menamatkan penyusuan. 

Sekiranya jarak waktu menyusu agak jauh seperti sehingga 3 jam dan payudara ibu agak padat. Maka, sebaiknya pam susu ibu terlebih dahulu untuk mengurangkan tekanan aliran susu ibu yang laju. Kerana ada bayi yang tidak menggemari pancutan susu yang terlalu laju. Juga untuk menyeimbangkan kuantiti foremilk dan hindmilk. Trelalu mengikut jadual waktu menyusu ataupun tidak menyusukan bayi dengan kerap menyebabkan komposisi foremilk lebih banyak dari hindmilk. Maka bayi cepat kenyang dengan foremilk (lebih banyak air) dan berat bayi kurang disebabkan bayi seringkali mendapat foremilk sahaja.

3. Minum air secukupnya

Pastikan juga mommies mendapat air secukupnya. Kekurangan cecair dalam badan juga mengakibatkan penghasilan susu ibu dan secara tak langsung bayi tidak dapat susu ibu mengikut keperluan badannya.



Love, 
Azreen
0197631333

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More