WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Apa Itu Busy Book?

Apa Itu Busy Book?



Busy book banyak digunakan oleh ibu-ibu di Barat. Sekarang ni busy book dah jadi trend dikalangan ibu muda di Malaysia. Seperti saya juga saya sangat excited nak buat busy book untuk Anaqi. Macam lah kreatif sangat tapi tak apa. Dimana ada kemahuan di situ ada highway. Hahaha.. Tak tau buat boleh je beli. Ramai dah jual busy book kat Malaysia ni. 



Tapi Apa Itu Busy Book?

Busy book..Quiet book..Soft Book..Cloth Book..

Buku ni di gelar dengan macam-macam nama tetapi membawa idea yang sama. Busy book ini biasanya dibuat daripada kain cotton atau kain felt. Ia terdiri daripada helaian muka surat yang mengandungi aktiviti yang melekakan kanak-kanak. Atau aktiviti yang boleh mem'busy'kan diri kanak-kanak.


Fungsi Busy Book

Busy book diberikan kepada anak-anak supaya mereka diam duduk ditempat masing-masing ketika parents menghadiri majlis seperti kenduri atau wedding. Baiknya tentang busy book ni, ia dapat meningkatkan skill motor halus (fine motor skill) dan menjana perkembangan otak anak dengan melakukan aktiviti-aktiviti dalam Busy Book tersebut yang kebanyakkannya memerlukan kemahiran dan kekreatifan berfikir.

Selain itu, pada zaman sekarang busy book diberikan kepada anak-anak untuk menggantikan gadget. Seperti mana kita lihat, ramai anak-anak yang addicted dengan gadget kerana telah diberi pendedahan sejak bayi lagi. Gadget memberi kesan yang tidak baik untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak, serta tidak elok untuk mata.



Busy Book Untuk Kanak-Kanak Usia Berapa

Busy Book sesuai untuk semua kanak-kanak tidak mengira umur.  Busy book untuk bayi mengandungi gambar-gambar yang menarik, berlawanan atau tekstur yang berbeza-beza. Bagi kanak-kanak yang lebih besar mengandungi games seperti tick tac toe, puzzles dan sebagainya. Kebiasaannya dari umur 1 hingga 5 tahun dengan fokus kepada kemahiran menyusun, menyepit, bermain imaginatif dan banyak lagi.


Itu lah al-kisahnya Busy Book. Menarik kan? Jom mommies kita sama-sama buat Busy Book untuk anak-anak kita. Lain kali saya kongsikan cara nak buat Busy Book ni.


Love,
Azreen 
0197631333




0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More