WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Perbezaan Sistem MLM Dan Sistem Piramid

Perbezaan Sistem MLM Dengan Sistem Piramid

Orang Atas Semakin Kaya

Sistem Piramid

Sistem piramid yang dimaksudkan ialah satu sistem dimana sekumpulan orang di bawah membayar kepada orang yang berada ditingkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.

Diantara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:
  1. Produk berkualiti murah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang keatas inventori barangan yang berlebihan.
  2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
  3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis antara syarikat dan pengedar.
  4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian dibawah para pengedar.
  5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal
  6. Dakwaan perolehan yang sengaja direka-reka wang dan kejayaan besar serta digembar gemburkan.
Apa yang jelas dalam sistem piramid ini yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah. Bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.

Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas jelas bahawa sistem piramid tersebut bertentangan dengan Syariat Islam kerana terkandung didalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar(ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan dan jual beli.





MLM (Multi Level Marketing)


MLM ditakrifkan oleh JAKIM sebagai konsep perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM). Peserta MLM termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan ini serta orang awam sama ada selaras dengan prinsip-prinsip syariah atau pun tidak. 

Syarikat yang menjalankan perniagaan secara MLM marketing mesti berdaftar dan mempunyai lesen. Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. 

Kesimpulan


Berdasarkan penerangan di atas, saya rasa sudah cukup untuk semua memahami bahawa MLM adalah sah mengikut undang-undang perniagaan dan negara manakala Skim Piramid tidak. 

Oleh itu, pilih lah perniagaan MLM yang patut syariah supaya rezeki yang diperolehi lebih berkat. Dan saya pilih SHAKLEE kerana ia adalah MLM dan paling penting patuh syariah.


Love,
Azreen
0197631333
















0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More