WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Resepi Nasi Goreng Kicap

Assalamualaikum..

Nasi saya masak banyak untuk dinner tapi tak ada seorang pon yang nak makan. Mungkin sebab tadi lunch agak lambat dalam pukul 3. 

Terfikir-fikir nak buat nasi goreng aja esok pagi. Suami saya memang suka kan Nasi Goreng Lada Hidup saya. Kalau boleh hari-hari nak bawak bekal. Saya pulak rasa macam bosan je dia hari-hari nak bawak bekal yang sama. Jadi saya google resepi Nasi Goreng yang tak pedas nak masak esok. Suami saya tak marah pedas.. huhuhu

Akhirnya jumpa resepi ini dan saya kongsikan bersama. Semoga tuan yang kongsi resepi ini diluaskan rezeki..

NASI GORENG KICAP

BAHAN-BAHAN:

6 cawan nasi
2 cawan isi ikan goreng semalam
2 biji telur
Kicap secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:

4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu )

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api

CARA MEMASAK :

1) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .

2) Masukkan isi ikan goreng serta kacau sekejap kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .

3) Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

Selamat mencuba...

Azreen
0196731333

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More