WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

GMO pembunuh No. 1

GMO ADALAH PEMBUNUH NO.1


Apakah itu GMO?

GMO atau " Genetically Modified Organisms" adalah sebarang benda yang pada asalnya adalah semulajadi (contohnya seperti sayuran, buah-buahan, ikan atau binatang) tetapi kini bahan genetiknya telah dimanipulasi di dalam makmal melalui teknologi kejuruteraan genetik. Ini bermaksud bahawa makanan atau binatang tersebut bukan lagi semulajadi tetapi adalah tiruan.

Oleh kerana GMO adalah benda tiruan maka sesiapa yang memakan makanan GMO akan mendapat berbagai jenis penyakit yang merbahaya seperti kanser, kemandulan, barah buah dada, kencing manis dan banyak lagi.



CONTOH MAKANAN GMO.

Kacang Soya:
Kacang soya GMO diimport dari USA dan Argentina. Kacang soya GMO menjadi punca utama kemandulan dan juga barah buah dada.

Para saintis mendapati bahawa tikus yang telah diberi makan kacang soya GMO telah mati dalam tempoh 3 minggu.



Jagung:
USA, Brazil, Afrika dan Argentina merupakan pengeksport paling utama jagung GMO.

Dari jagung GMO akan dicipta pemanis tiruan seperti " High Fructose Corn Syrup" dan pemanis tiruan tersebut terdapat pada banyak makanan segera termasuk makanan bayi.

Jagung GMO merupakan punca kemandulan, kerosakkan buah pinggang dan hati, kegemukan dan banyak lagi masalah kesihatan.

Kajian telah dibuat keatas jagung GMO dengan cara meletakkannya bersama dengan jagung asli di sebuah stor yang terdapat banyak tikus. Selepas tiga bulan berlalu, jagung GMO tidak dimakan langsung oleh tikus sedangkan jagung asli telah habis dimakan tikus. Ini menunjukkan bahawa tikus pun tidak mahu makan makanan GMO.




Tomato:
Tomato GMO dari USA, Mexico dan Argentina boleh menyebabkan barah buah dada, barah hati dan barah buah pinggang. Tomato GMO boleh bertahan lama (lebih 45 hari) sedangkan Tomato asli hanya bertahan 10 hari. Ini menunjukkan bahawa bakteria atau serangga pun tidak sanggup untuk makan Tomato GMO. Tomato GMO dari Mexico tiada biji.

Minyak Masak Sayuran:
Minyak masak GMO terdiri dari Minyak Kacang Soya, Jagung, Alfalfa, Canola, Gandum, Safflower.
Pilihlah minyak masak Kelapa atau minyak masak Olive Oil yang TULEN.

Daging Lembu dan Kambing
Lembu dan kambing dari USA dan juga kebanyakkan negara telah diberi makan jagung GMO dan disuntik dengan Antibiotik. Antibiotik boleh menyebabkan kanser dan barah buah dada.

Elakkan makan daging lembu dan kambing dari U.S, Australia dan sebarang negara luar. Pilhlah daging lembu dan kambing tempatan.

Madu:
Madu dari USA, Australia dan Canada merupakan madu GMO.

LIPTON:
Teh LIPTON adalah GMO.

Susu lembu tepung:
Susu lembu tepung dari USA dan juga negara barat yang lain adalah merupakan GMO.

Minumlah susu lembu asli tempatan.

Ayam dan Telur ayam:
Belilah telur ayam kampung dan elakkan dari membeli telur komersial kerana ayam komersial telah disuntik dengan Antibiotik dan diberi makan jagung GMO. Elakkan juga memakan daging ayam kecuali ayam kampung.

Buah epal, oren, strawberry, anggur:
Buah epal, oren, strawberry dan anggur merupakan buah-buahan GMO. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan (rambutan, durian, manggis, ciku, nangka, mempelam, belimbing dan sebagainya).

Padi Golden Rice:
Padi import dari USA dan China iaitu Golden Rice merupakan padi GMO. Oleh itu, belilah padi tempatan. Padi Golden Rise adalah berwarna keemasan.

Beras Basmathi:
Beras Basmathi dari India dan Pakistan adalah beras GMO.

Kentang:
Kentang dari USA dan China adalah GMO. Jangan membeli Potato chips dan French Fries kerana ia juga adalah kentang GMO. Memakan kentang GMO boleh mengakibatkan penyakit kanser.

Seorang saintis dari USA yang bernama Arpad Pusztai telah dipecat dari jawatannya hanya kerana beliau telah memberitahu media bahawa tikus makmal yang memakan kentang GMO telah mengalami kerosakan organ yang teruk dan juga menghadapi masaalah kesihatan yang lain..

Tembikai (yang tiada biji):
Elakkan memakan tembikai yang tiada biji kerana itu adalah GMO.

Nenas:
Jangan memakan Nenas dari COSTA RICA kerana ia adalah nenas GMO.

Ikan Salmon:
Jangan memakan ikan salmon dari USA kerana ia adalah ikan GMO.

Ikan Tilapia:
Jangan memakan ikan Tilapia dari USA kerana ia adalah ikan GMO.

Sugar beet:
Jangan memakan sugar beet dari USA, France, Germany dan Russia kerana ia adalah GMO.
Beberapa kesan GMO kepada manusia :

1) Kanser
2) Barah buah dada.
3) Kemandulan
4) Kencing Manis
5) Asthma
6) Dan banyak lagi...

Boikot syarikat yang menggunakan bahan GMO didalam produk mereka iaitu:

Nestle
Kellogg's
Pepsi
Coca-Cola
Mcdonald
KFC
Starbucks
Cadbury
Pringles
Quaker Oats
Subway
Burger King
Pizza Hut
Domino Pizza
A&W
Wendy's
Kraft
Campbells
Hershey's

Siapakah "Syaitan"yang menciptakan GMO?

Syarikat "Syaitan" itu ialah MONSANTO.

MONSANTO memiliki pekerja seramai 16,000 orang di seluruh dunia.
Keuntungan syarikat MONSANTO pada tahun 2014 ialah sebanyak USD 5.8 Billion.

MONSANTO U.S.A:
800 N. Lindbergh Blvd.
St. Louis, MO 63167

General Inquiries:
(314) 694-1000

Media Inquiries:
(314) 694-NEWS (6397)

Website:http://www.monsanto.com/pages/default.aspx

MONSANTO MALAYSIA:

Address: PLO 211, Jalan Emas Satu, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700, Pasir Gudang, Johor, 81700

Phone: 07-251 4588

Website:http://jobs.jobstreet.com/my/jobs/2673643?fr=J

MONSANTO INDONESIA:

Wisma Pondok Indah 2, 6th floor
Jl. Sultan Iskandar Muda Kav. V-TA
Pondok Indah - Jakarta 12310

Phone: +62-21-29976400
Fax: +62 21 7592 2928

Website:http://www.monsanto.com/whoweare/pages/indonesia.aspx

Apakah motif mereka mencipta GMO?

Mereka ingin melaksanakan "Agenda 21" dari UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Apakah itu "Agenda 21"?

Iaitu mengurangkan jumlah penduduk dunia sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja.

(Jumlah penduduk dunia kini ialah 7.3 billion).

Kadar KEMATIAN Semakin Meningkat Akibat Makan GMO

Di Amerika saja telah ada hampir 2,000,000 (2 juta) kematian akibat memakan GMO sejak 2008.

Di Argentina telah ada laporan mengatakan bahawa kadar kematian akibat kanser kerana makanan GMO telah semakin meningkat. Dari setiap 100,000 orang hampir 230 kematian berlaku kerana GMO.

Oleh kerana belum lagi ada kesedaran tentang GMO di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura, maka jumlah kematian akibat makan GMO di negara-negara tersebut tidak dilaporkan dalam media.

Sumber rujukan:
http://www.march-against-monsanto.com/
http://www.responsibletechnology.org/10-Reasons-to-Avoid-GMOs
http://naturallysavvy.com/eat/whats-so-bad-about-gmos-top-ten-reasons-to-avoid-them
http://earthjustice.org/features/engineering-an-environmental-disaster-2#
http://www.saynotogmos.org/
http://www.foe.org/projects/food-and-technology/genetic-engineering/no-gmo-apples
http://www.elle.com/beauty/health-fitness/advice/a12574/allergy-to-genetically-modified-corn/
http://www.npr.org/sections/thesalt/2015/01/13/376184710/gmo-potatoes-have-arrived-but-will-anyone-buy-them
http://modernfarmer.com/2014/03/monsantos-good-bad-pr-problem/
http://www.gmo-compass.org/eng/grocery_shopping/fruit_vegetables/15.genetically_modified_tomatoes.html

http://www.naturalnews.com/041418_tomatoes_GMOs_groceries.html
http://www.thelastgreatstand.com/the-agenda-21-depopulation-of-rural-areas-will-give-obama-stalin-like-control-over-food/
http://rense.com/general64/pordc.htm
http://www.responsibletechnology.org/gmo-dangers/65-health-risks/1notes
http://www.rense.com/general80/haz.htm
http://www.collective-evolution.com/2014/09/08/death-rates-double-in-argentinas-gmo-agribusiness-areas-its-due-to-this-one-illness/
https://thebovine.wordpress.com/2010/04/20/russian-scientists-link-2-million-american-deaths-since-2008-to-gmo-crops/
http://www.globalresearch.ca/the-complete-history-of-monsanto-the-worlds-most-evil-corporation/5387964
http://preventdisease.com/news/13/092513_A-W-Burgers-Bamboozle-Customers-With-Deceptive-Claims-of-Chemical-Free-Beef.shtml
http://jimstonefreelance.com/tomatofreakout.html
http://www.thedogplace.org/HEALTH/Genetically-Modified-Food-1011_Andrews.asp
http://www.non-gmoreport.com/articles/jun08/sugar_beet_industry_converts_to_gmo.php
http://www.dailypioneer.com/columnists/edit/basmati-under-threat-gm-crops-play-foul.html

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More