WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Tips Atasi Bengkak Susu

Assalamualaikum mommies =)

Kali ini saya nak berkongsi tentang bengkak susu atau 'clogged duct'. Ramai yang tak aware tentang masalah bengkak susu ni dan tak tau cara mengatasinya.

Kebanyakan mommies yang baru melahirkan terutamanya kali pertama menjadi mommy biasanya akan risau tentang masalah tidak cukup susu, susu tak nak keluar dn sebagainya. Namun begitu, mommies juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS

Disini saya kongsikan tips berguna yang boleh mommies yang sedang berpantang atau menyusukan bayi bagi mengatasi masalah bengkak susu. Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri dan melalui pembacaan saya.



Apa Itu Bengkak Susu?

Bengkak susu adalah disebabkan oleh salur susu tersumbat. Atau dalam bahasa Inggeris disebut 'Clogged Duct'. Bengkak susu biasa terjadi selepas mommies bersalin dan setelah berurut. Biasanya ketika berurut makcik urut akan mengurut belakang badan untuk menggalakkan penghasilan susu.

Apabila payudara menghasilkan susu dengan banyak tetapi payudara tak dikosongkan dengan betul dan sepenuhnya, akan mengakibatkan bengkak susu dan salur susu tersumbat. Bengkak susu yang dibiarkan akan melarat hingga boleh menyebabkan MASTITIS.  

Sebenarnya bengkak susu adalah tanda positif yang payu dara menghasilkan susu untuk bayi. Biasanya bengkak susu akan terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Namun ada juga yang terjadi pada waktu siang. Ini mungkin kerana, tak menyusukan bayi dengan secukupnya atau melengahkan atau ter'skip waktu mengepam susu. Bagi mommies yang bekerja, amalan mengepam susu sepatutnya membantu mengurangkan bengkak susu.

Bila dah berlaku bengkak susu payu dara sudah mengeras dan payudara akan cepat rasa sakit jika tersentuh. Malah saluran susu seakan tersumbat dan susu tidak akan keluar dengan banyak. Oleh itu ada beberapa tips dan cara mengurangkan bengkak susu ini.

Tips Mengatasi Bengkak Susu

1) Urut Payu Dara

Minta tukang urut, mengurut payudara melembutkan salur susu yang dah tersumbat dan mengeluarkan susu melalui salur-salur yang tersumbat tersebut. Mommies juga boleh urut payudara sendiri perlahan hingga ketul-ketul di payudara lembut.

2) Tuam Payudara

Tuam payudara dengan towel suam untuk membuka saluran yang tersumbat, melegakan kesakitan dan melacarkan perjalanan darah.

3) Mandi Air Panas

Mandi air panas sama konsep dengan tuam menggunakan towel panas, iaitu untuk membuka saluran yang tersumbat. 

4) Susukan Bayi Pada Payudara Yang Bengkak Dahulu

Hisapan bayi yang sedang lapar amat kuat, sekaligus membantu susu untuk keluar dari saluran yan tersumbat. Oleh itu, biasakan menyusukan bayi pada payudara yang bengkak dahulu.

Mommies akan merasa sedikit sakit ketika ini kerana payudara yang bengkak sangat sensitif apabila tersentuh. Namun keadaan ini tak akan berpanjangan.

5) Pelbagaikan Posisi Penyusuan

Mommies perlu pelbagaikan posisi penyusuan supaya penyusuan yang berkesan dapat diwujudkan. Dimana payudara dapat dikosongkan dari setiap sisi. Payudara yang tidak dikosongkan dengan baik menyebabkan saluran susu tersumbat.

6) Posisi 'Latch On' atau Lekapan Yang Betul

Posisi latch on yang betul sangat penting untuk memastikan bayi dapat menghisap dengan baik. Latch on yang betul membantu susu dikeluarkan dengan baik dan sekaligus payudara dapat dikosongkan dengan baik.

7) Pam Dengan Kerap

Payudara perlu dipam serang kerap setiap 2 jam sekali untuk mengosongkan payudara yang penuh. Payudara yang penuh tapi tidak dipam akan menyebabkan bengkak susu. Lebih buruk lagi menyebabkan salur susu sumbat.

8) Mengamalkan Lecithin

Lecithin membantu mencairkan dan melembutkan sumbatan pada saluran susu. Amalan penyusuan atau pam yang kerap, dan pengambilan lecithin bersama akan melancarkan kan saluran susu yang tersumbat. Jika diamalkan secara konsisten, bengkak susu tak akan terjadi, Inshaallah.

Untuk mengetahui secara lanjut bagaimana Lecithin boleh membantu, mommies boleh baca di entri Lecithin Mengatasi Masalah Bengak Susu Atau 'Clogged Duct'. 


Semoga perkongsian saya pada mommies sekalian dapat membantu mengelakkan bengkak susu. =)



Azreen Ahmed
0196731333








  

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More