WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

WERDA AGENT

WERDA AGENT
Wanita dimasyurkan tapi tidak ditonjolkan, ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan, umpama mutiara yang ditampakkan buat perhatian umum dengan permata yang tersembunyi, pasti yang tersembunyi itu melebihi yang tertampak, permata dicelahan kaca, permata dibalik timbunan pasir halus, ibarat sekuntum mawar berduri di taman larangan.

Recent Comments

.

Mommy, Allah kat mana?

Mommy, Allah kat mana?


Assalamualaikum mommies.. 😘

Kalau di suatu petang sedang mommies syiok-syiok main sambil belajar dengan anak-anak, tiba-tiba si anak bertanya "Mommy, Allah kat mana?". Apa jawapan yang paling bernas mommies jawab? Boleh mommies share dengan saya?

Anaqi dah few times tanya saya, "mommy, Allah kat mana?". 1st & 2nd time saya tak berapa ingat apa jawapan saya. Dan saya fikir Anaqi tak akan tanya lagi. 

Kali ke 3 baru2 ni Anaqi tanya lagi. "Mommy, Allah kat mana?" Saya diam sekejap utk fikir jawapan yang mungkin terbaik utk dia. Saya jawab "Allah ada kat mana-mana? tapi Anaqi tak boleh nampak Allah". Anaqi macam confius. "Allah ada kat bawah?" waktu tu Anaqi kat atas. Saya jawab "Allah ada kat semua tempat cuma Anaqi tak nampak Allah". Anaqi diam tp dia masih confius saya rasa.

Selang beberapa hari Anaqi tanya lagi "mommy, Allah kat mana?" Saya jawab "Allah ada dalam hati Anaqi. Dekat dengan Anaqi. Dekat dengan semua". Then Anaqi jawab "Allah ada dalam hati Anaqi? Ada dalam hati mommy? Ada dalam hati nanny?". Saya jawab "ye ada dalam hati semua orang". Anaqi diam. Habis la Q&A Allah kat mana? pada hari tu.

Tapi saya yakin Anaqi akan bertanya lagi. Berat juga tanggungjawab n amanah nak sampai kan kat Anaqi ni. Nak sampaikan dengan cara mudah yang dia seorang budak boleh senang faham.


Bukan mudah nak menjawab soalan cepumas anak-anak. Kita perlu menjawabnya dengan berhati-hati. Tersalah jawab buruk natijahnya nanti.

Luahan hati seorang mommy.

Reen 
ceomak.com

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More